Monday, 29 September 2014

APA ITU KUALITI?



APA ITU KUALITI

Pengurusan bermaksud penggunaan sumber secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
Kualiti pula didefinisikan sebagai:

Sesuai untuk tujuan atau penggunaan (Joseph Juran, 1988)
Ditentukan oleh pelanggan (W.Edwards Deming)
Mematuhi syarat (Philip Crosby, 1979)

Pada tahun 1992 Deming telah meluaskan definisi kualitinya sebagai berikut:
"Kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang mereka telah persetujui dan mereka melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama"
"Quality means getting everyone to do what they have agreed to do and to do it right the first time"

Contoh-contoh definisi yang lebih terperinci ialah:
"keseluruhan sifat dan ciri sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang mempengaruhi keupayaannya untuk memuaskan keperluan yang tertera atau tersirat" (ISO 8402, 1986).

"ciri komposit keluaran dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam pemasaran, kejuruteraan, "pembuatan, dan penyelenggaraan yang melaluinya keluaran dan perkhidmatan yang digunakan akan memenuhi jangkaan pelanggan" (Feigenbaum).

Kualiti secara umumnya bermaksud memenuhi kehendak pelanggan,  samada pelanggan dalaman atau pelanggan luaran. Pengurusan Kualiti bermaksud menguruskan sumber dan proses untuk mencapai kepuasan pelanggan. Ini melibatkan konsep-konsep berikut:
  • Mencegah kewujudan masalah lebih diutamakan dari membaiki
  • Mengurangkan ketidak-akuran memenuhi standard untuk membaiki mutu barabgan
  • Komitmen dari semua staff dalam organisasi, terutamanya peringkat atasan
  • Dorongan untuk membaiki segala aspek secara berterusan
  • Bekerja dalam pasukan untuk menyelesaikan masalah dan membuat pembaikan.
  • Membuat sesuatu dengan betul pada kali pertama
  • Membuat keputusan untuk jangkamasa panjang, bukannya jangka masa pendek.
Deming percaya bahawa kualiti tidak boleh didefinisikan.  Seseorang itu hanya tahu bila dia mengalami dan mengukur pembaikan yang dilakukan. Menurut Deming,  kualiti ialah sasaran yang bergerak yang berubah mengikut keperluan yang sentiasa berubah. Usaha untuk mencapai kualiti adalah penting.  Cabaran utama ialah bagaimana pengurus dan penyelia dapat mendorong berusaha secara kolektif untuk mencapai sesuatu matlamat dalam peningkatan kualiti.

No comments:

Post a Comment